Monday, February 17, 2014

Terima Kasih

aku tak sangka ada yang sudi membaca blog aku, berhabuh, tak best dan bukanlah ilmiah sangat. tapi masih ada sudi dan terus datang melawat. Ya Allah, aku bahagia sangat. rasa macam dihargai gittew.
Aku tak promote blog aku ni ke FB atau twitter sebenarnya. sebab apa? sebab tak yakin dengan penulisan sendiri. ya, BM aku teruk kadang-kadang rama macam mahu belajar balik di sekolah ambil aliran Darjah 1. teruk.teruk.
terima kasih semua. 

aku tak boleh nak update cerita hari-hari bukan sebab aku malas tapi masa aku dah penuh.
setiap pagi  adalah hari yang tak bole orang ganggu sebab itu adalah masa aku belajar.
isnin sehingga khamis petang jadual aku penuh dengan kelas. habis sahaja kelas aku akan balik dalam sejam setengah kemudian akan pergi pula ke Rumah anak yatim di Klang untuk mengajar mereka dan aku akan pulang dalam 11.30 malam. 
Jumaat pagi aku ada kelas, petang jumaat masa untuk aku rehatkan diri, pada sebelah malam aku akan ke Lepak Maqasid untuk berdiskusi yang ini balik lewat sikit, selalunya 3pagi keatas. Hari Sabtu pula sekarang aku telahpun berbincang dengan Geng Sekolah Jalanan, aku mahu buat Kelas Intensif membaca untuk adik-adik yang keluarga mereka susah dan tidak mampu untuk menghantar ke tuisyen. pada sebelah petang aku akan cuba untuk cari program volunteer yang sesuai untuk aku salurkan pula tenaga aku pada ciptaan Tuhan yang lain seperti binatang atau haiwan(Masih dalam perancangan). Ahad tengahari aku akan ke Bangsar untuk bantu mereka masak pada sebelah petang aku pergi membantu mereka untuk mengagihkan makanan pada manusia gelendangan. 
kau lihat sahaja jadual aku, dan masih lagi mahu kata aku malas dan sombong?
dari kau terus caci aku, lagi baik kau bantu aku bantu mereka. sama-sama dapat pahala.
sesiapa yang berminat untuk bantu aku buat internsif kelas bole hantar komen dibawah. atau email sahaja ke melati.rahim5782@gmail.com.
selamat malam

*no wonder people always call me loser.

No comments:

Post a Comment

KAWAN-KAWAN