Monday, February 3, 2014

POLITIK BADUT.

kau tahu apa paling badut dalam politik ?
 bila yang bawahan bergadoh macam nak mampos pertahankan yang atas, sedangkan yang atas dengan rasa tak bersalah bertepuk tampar dengan musuh sendiri.
kau tahu apa lagi badut?
Bila bawahan dijadikan anjing dalam menagih undi juga buat kerja separuh mati untuk realisasikan impian negara bawah pakatan, tapi yang atas bersubahat dengan pihak lawan untuk menindas rakan sepakatan. aku mahu sahaja mencarut!
ini bukan politik tapi celaka !
ini baru sedikit.
kau mahu tahu lagi apa kebabian politik ?
mari sini, situa yang melindungi anaknya sanggup merendahkan maruah dan membuka satu cerita baru supaya manusia lupa akan masalah anaknya. oh, aku tak patut letakkan bawah badut, kita patut gelarnya pengorbanan seorang ayah.
lebih badut lagi tak kira kau pakatan, barisan atau parti bulan mengambang warna kesukaan nabi sekalipun, budaya cantas mencantas, fitnah memfitnah, kebulorkan kuasa, sangapkan harta tetap ada.
i am done with this stupid game.
jadi aku harap kau semua tahu kenapa aku mahu berhenti cerita tentang kisah lama aku.
semuanya karot !

No comments:

Post a Comment

KAWAN-KAWAN