Monday, February 3, 2014

MEREKA KATA DAN AKU KATA

sering sahaja manusia kata pada aku,]
"baru setahun jagung dah berlagak pandai"
ada juga yang kata
"tak perlu tunjuk pandai , aku berdemo dari zaman reformasi. kau baru nak up tak payah poyo"
oh begitu la, beginilah. asal kau muda, kau lantang , tak kaki jilat pemimpin kau akan dikata macam-macam
idea kau akan dilekeh.
kau tahu apa aku alami?
kau tahu kesakitan dan pengorbanan aku selepas berada di dunia yang aku ceburi ni?
jadi apa mesti kau rasa aku terlalu muda untuk berkata-kata?
kau tahu aku dibuang semua kawan-kawan hanya kerana politk ?
ya dua tahun lepas , selepas aku melibatkan diri dalam aktivis mahasiswa.
aku dibuang , tak ada lagi kawan-kawan yang mahu HAVOC HAVOC dengan aku. TAK ADA.
itu tak cukup?
mari aku kasi tau lagi.
sepanjang protest 14 hari di dataran menuntut pendidikan percuma, tiap hari aku balik menaiki bas ke Bestari Jaya dan kemudian dari pekan aku akan ambil Teksi untuk masuk ke kampus. itu perjalanan harianku. tiap malam untuk ke dataran sorang-sorang didalam bas, dan tiap pagi menaiki bas dan teksi untuk pulang menghadiri kelas.
kau semua dengan lancang kata aku manja. ya, aku manja tak pandai berdikari. mari sini kau duduk dikaki aku, kau rasa apa aku rasa.
Mahu lagi?baik.
akibat turun ke dataran selama 14 hari , tanpa usul periksa . teman bilik aku sendiri membawa fitnah mengatakan aku pergi menjual diri. kau rasa apa aku rasa? berjuang untuk mereka ! mereka ! semuanya yang senang lenang menghina, mencaci dan memaki aku. ! itu apa aku alami.
belum cukup celaka mungkin kan? aku masih kelihatan baru. baik.
keputusan peperiksaan aku semakin rendah dari semester ke semester kerana banyak pensyarah yang tidak suka dengan penglibatan aku. Masa depan aku terkorban. dan kalian senang lenang kata aku tak tahu apa itu pengorbanan.
banyak lagi jika aku mahu cerita, belum lagi kawan-kawan didalam medan yang sama yang menyebarkan fitnah aku bawa lelaki masuk bilik hotel. aku dihina, di buang dari satu tempat ke satu cabang.
kawan-kawan practicum aku membuang aku dari kumpulan kerana takut akan memberi kesan buruk pada mereka. aku dibuang dalam jangka masa sangat singkat.
aku alami terlalu banyak sejarah hitam, dan kalian hanya pandai menilai macam orang gila tanpa usul periksa. tahniah.

No comments:

Post a Comment

KAWAN-KAWAN