Monday, November 11, 2013

kisah jalanan

terjumpa gambar ini didalam ruang peribadi,
Dua perkara yang masih segar dalam ingatan aku:
pertama rakyat turun ke jalan untuk melawan penipuan, ketika ini semuanya seperti saudara. Berkumpul , bersatu berazam untuk berjuang habis-habisan.
Keduanya penipuan, angan-angan semboyan perjuangan berbunyi kemudian dimatikan, lantas hari kemuncak itu menjadi hari kematian kepada kebangkitan rakyat Malaysia.
Maaf, tetapi aku rindu saat ini, aku rindu semangat rakyat yang dahulunya terlalu kuat auranya dapat dirasai semangat juang mereka yang benar-benar dahagakan kemerdekaan sebenar sebagai rakyat.
Aku harap masih ada sisa-sisa impian didalam hati mereka yang ingin melawan penindasan dan menuntut hak mereka sebagai rakyat.
Aku harap tuhan turunkan seorang pahlawan dikalangan kami untuk memimpin perjuangan sebenar.
Kami tak perlukan pemimpin gila jawatan tak kiralah pakatan atau barisan kami tak perlukan mereka jika mereka tidak telus berjuang.
Tuhan,
kami tahu engkau tahu, kami rindukan kedamaian dan kemerdekaan.
Rintihan aku terlalu picisan dan mungkin tidak memberi kesan,
aku tak peduli, yang aku pedulikan adalah ruang kebebasan.
aku idamkan udara kedamaian

Kisah Jalanan (1)

Hari ini jadual aku tak macam selalu, semakin banyak pula perkara yang harus aku siapkan. dari satu bahagian ke satu bahagian. Letih, sangat letih.habis settlekan semua perkara seperti biasa aku baring diatas katil busuk milik aku. ya, katil terpakai . Entah berapa ramaii dah tidur atas katil ini, aku cuma berdoa tak ada pijat dalam katil ni.kalau tak aku rela tidur atas lantai. haha.
berbalik cerita kita, masa aku tengah baring dan main facebook. aku terpandang gambar lama aku. sebelum aku berpurdah, sebelum aku menjadi seperti sekarang. Semasa yang mereka pandang aku adalah seorang perempuan keji, semasa semuanya mencemuh dan tak ada satu pun yang memuji. jangan salah anggap, aku tak pernah mahukan pujian. tetapi apa kau tahu keadaan aku masa tu? Kisahnya bermula selepas Adam Adli menurunkan bendera. ketika itu keadaan sangat panas. bapa aku datang ke Unisel dan memuji-muji Adam Adli, lantas aku berkata "sebenarnya orang join dia" bapa ku senyum. Semasa itu aku yakin lampu hijau sudah menyala. Alhamdulillah.

KAWAN-KAWAN