Monday, February 17, 2014

Terima Kasih

aku tak sangka ada yang sudi membaca blog aku, berhabuh, tak best dan bukanlah ilmiah sangat. tapi masih ada sudi dan terus datang melawat. Ya Allah, aku bahagia sangat. rasa macam dihargai gittew.
Aku tak promote blog aku ni ke FB atau twitter sebenarnya. sebab apa? sebab tak yakin dengan penulisan sendiri. ya, BM aku teruk kadang-kadang rama macam mahu belajar balik di sekolah ambil aliran Darjah 1. teruk.teruk.
terima kasih semua. 

aku tak boleh nak update cerita hari-hari bukan sebab aku malas tapi masa aku dah penuh.
setiap pagi  adalah hari yang tak bole orang ganggu sebab itu adalah masa aku belajar.
isnin sehingga khamis petang jadual aku penuh dengan kelas. habis sahaja kelas aku akan balik dalam sejam setengah kemudian akan pergi pula ke Rumah anak yatim di Klang untuk mengajar mereka dan aku akan pulang dalam 11.30 malam. 
Jumaat pagi aku ada kelas, petang jumaat masa untuk aku rehatkan diri, pada sebelah malam aku akan ke Lepak Maqasid untuk berdiskusi yang ini balik lewat sikit, selalunya 3pagi keatas. Hari Sabtu pula sekarang aku telahpun berbincang dengan Geng Sekolah Jalanan, aku mahu buat Kelas Intensif membaca untuk adik-adik yang keluarga mereka susah dan tidak mampu untuk menghantar ke tuisyen. pada sebelah petang aku akan cuba untuk cari program volunteer yang sesuai untuk aku salurkan pula tenaga aku pada ciptaan Tuhan yang lain seperti binatang atau haiwan(Masih dalam perancangan). Ahad tengahari aku akan ke Bangsar untuk bantu mereka masak pada sebelah petang aku pergi membantu mereka untuk mengagihkan makanan pada manusia gelendangan. 
kau lihat sahaja jadual aku, dan masih lagi mahu kata aku malas dan sombong?
dari kau terus caci aku, lagi baik kau bantu aku bantu mereka. sama-sama dapat pahala.
sesiapa yang berminat untuk bantu aku buat internsif kelas bole hantar komen dibawah. atau email sahaja ke melati.rahim5782@gmail.com.
selamat malam

*no wonder people always call me loser.

Wednesday, February 12, 2014

Masa depan

harini aku rasa agak rilex dan tenang sebab tak ada kerja sangat,tak ada kelas cuma ada assignment yang kena reject , tak la banyak, tapi semuanyaa ok. Tapi aku percaya ada hikmah disebalik semuanya walaupun aku argue kat lecturer kata yang dia salah sebab takda seni.hahaha.

posting kalini aku nak nampak lebih poyo dan bajet. since aku ada kawan yang suka panggil aku bajet so aku nak la buat bajet sunggoh.
life aku complicated dan kadang-kadang aku tak tahu apa kesudahan aku dalam keghidupan aku.
adakah aku akan berkahwin ? adakah lelaki suka dan akan menjadikan perempuan macam aku ni sebagai isteri? yang paling penting adalah diri aku sendiri. adakah aku mampu untuk menerima orang lain didalam kehidupan aku?
ergh ! kenapa mesti future ? marriage? sebab aku dilahirkan didalam sebuah keluarga melayu islam yang sentiasa ingin menambah umat Muhammad dengan cara yang sah dan mengikut tuntutan. mungkin agak poyo. but hell yeah ! ini kehidupan.

kalau aku berkahwin, aku nak bakal suami aku tahu, dia tidak memiliki aku secara total tetapi dia berkongsi aku dengan makhluk Allah yang lain, seharusnya dia juga harus ingat aku ini adalah pinjaman buat dirinya. aku tak rasa yang aku akan tinggalkan dunia sekarang untuk seorang lelaki. NO WAY ! not even my family.
kebahagiaan adalah sesuatu yang patut kita kongsi. jangan kedekut ! kau mampu tersenyum hari-hari tapi macamana pula dengan orang lain? kau sanggup melihat mereka terus rawan untuk kebahagiaan kau sendiri? Manusia dijadikan Khalifah bukan untuk menindas atau menjadi milikan tunggal pada setiap senyuman.  Kongsi kebahagiaan, kongsi senyuman tapi bab kongsi suami tu kena fikir balik. kbye !

Monday, February 3, 2014

MEREKA KATA DAN AKU KATA

sering sahaja manusia kata pada aku,]
"baru setahun jagung dah berlagak pandai"
ada juga yang kata
"tak perlu tunjuk pandai , aku berdemo dari zaman reformasi. kau baru nak up tak payah poyo"
oh begitu la, beginilah. asal kau muda, kau lantang , tak kaki jilat pemimpin kau akan dikata macam-macam
idea kau akan dilekeh.
kau tahu apa aku alami?
kau tahu kesakitan dan pengorbanan aku selepas berada di dunia yang aku ceburi ni?
jadi apa mesti kau rasa aku terlalu muda untuk berkata-kata?
kau tahu aku dibuang semua kawan-kawan hanya kerana politk ?
ya dua tahun lepas , selepas aku melibatkan diri dalam aktivis mahasiswa.
aku dibuang , tak ada lagi kawan-kawan yang mahu HAVOC HAVOC dengan aku. TAK ADA.
itu tak cukup?
mari aku kasi tau lagi.
sepanjang protest 14 hari di dataran menuntut pendidikan percuma, tiap hari aku balik menaiki bas ke Bestari Jaya dan kemudian dari pekan aku akan ambil Teksi untuk masuk ke kampus. itu perjalanan harianku. tiap malam untuk ke dataran sorang-sorang didalam bas, dan tiap pagi menaiki bas dan teksi untuk pulang menghadiri kelas.
kau semua dengan lancang kata aku manja. ya, aku manja tak pandai berdikari. mari sini kau duduk dikaki aku, kau rasa apa aku rasa.
Mahu lagi?baik.
akibat turun ke dataran selama 14 hari , tanpa usul periksa . teman bilik aku sendiri membawa fitnah mengatakan aku pergi menjual diri. kau rasa apa aku rasa? berjuang untuk mereka ! mereka ! semuanya yang senang lenang menghina, mencaci dan memaki aku. ! itu apa aku alami.
belum cukup celaka mungkin kan? aku masih kelihatan baru. baik.
keputusan peperiksaan aku semakin rendah dari semester ke semester kerana banyak pensyarah yang tidak suka dengan penglibatan aku. Masa depan aku terkorban. dan kalian senang lenang kata aku tak tahu apa itu pengorbanan.
banyak lagi jika aku mahu cerita, belum lagi kawan-kawan didalam medan yang sama yang menyebarkan fitnah aku bawa lelaki masuk bilik hotel. aku dihina, di buang dari satu tempat ke satu cabang.
kawan-kawan practicum aku membuang aku dari kumpulan kerana takut akan memberi kesan buruk pada mereka. aku dibuang dalam jangka masa sangat singkat.
aku alami terlalu banyak sejarah hitam, dan kalian hanya pandai menilai macam orang gila tanpa usul periksa. tahniah.

POLITIK BADUT.

kau tahu apa paling badut dalam politik ?
 bila yang bawahan bergadoh macam nak mampos pertahankan yang atas, sedangkan yang atas dengan rasa tak bersalah bertepuk tampar dengan musuh sendiri.
kau tahu apa lagi badut?
Bila bawahan dijadikan anjing dalam menagih undi juga buat kerja separuh mati untuk realisasikan impian negara bawah pakatan, tapi yang atas bersubahat dengan pihak lawan untuk menindas rakan sepakatan. aku mahu sahaja mencarut!
ini bukan politik tapi celaka !
ini baru sedikit.
kau mahu tahu lagi apa kebabian politik ?
mari sini, situa yang melindungi anaknya sanggup merendahkan maruah dan membuka satu cerita baru supaya manusia lupa akan masalah anaknya. oh, aku tak patut letakkan bawah badut, kita patut gelarnya pengorbanan seorang ayah.
lebih badut lagi tak kira kau pakatan, barisan atau parti bulan mengambang warna kesukaan nabi sekalipun, budaya cantas mencantas, fitnah memfitnah, kebulorkan kuasa, sangapkan harta tetap ada.
i am done with this stupid game.
jadi aku harap kau semua tahu kenapa aku mahu berhenti cerita tentang kisah lama aku.
semuanya karot !

cerita jalanan

aku tak mahu lah menulis lagi tentang kisah silam aku. mungkin patut dibukukan sahaja. entah. masih berfikir dan sedikit penat dalam berfikir.
aku letih, lemah dan semakin hari aku semakin tak larat dengan cabaran yang aku hadapi.
kalau sahaja abi ada di sebelah
mahu sahaja aku jadikan bahunya sebagai sandaran
mahu sahaja aku luahkan setiap yang terbuku.
kalau sahaja dia tahu aku rindu dan cinta dia sepenuh mati.
Abi
sosok tua yang paling indah pernah muncul dalam hidup aku.

Thursday, January 9, 2014

Kisah Jalanan 2

aku bertekad untuk pergi ke UPSI berdemo di sana. ketika itu jam menunjukkan angka 8.30 malam. aku suda siap-siap berkasut dan berT-shirt bagi memudahkan aku untuk berjalan dan berlari. Perasaan pastinya gementar. penakut . siapa kata aku berani? sampai sahaja di Tg.Malim kami berkumpul di belakang kedai-kedai. aku seorang sahaja perempuan diantara 5 kereta yang convoi. itu bukan masalah suah kebiasaan untuk perempuan seperti aku. Aku tak punya ramai teman perempuan, jika ada hanya teman kelas bukan teman yang bole dijaikan bercerita. perempuan ni banyak songeh, aku tak minat sangat berkawan dengan mereka. jadi aku harap lepas ni takkan jadi isu mengapa aku sering bersama di barsan lelaki bila demo.
 bebalik cerita tadi, tiba-tiba seseorang memberitahu kami, polis sudah berkumpul dan menanti, ada pula kereta SB yang menanti di hadapan sana. barang-barang untuk demo seperti playcard dan lilin di alihkan ke kereta lain dengan tujuan mengalihkan pandangan, cepat-cepat aku ambil telefon bimbitku dan menalifon ayah, aku memberitahunya yang aku alam pejalanan ke demo. dia diam. aku memberitahu polis sedang kepong. suara aku lemah, aku takut. aku buntu. pelajaranku bagaimana? masa depan ku? fikiranku berkecamuk. telinga aku telah bersedia mendengar bebelan ayah. Namun sangkaaanku jauh menimpang. ayah aku menjawab tenang "tak apa, kalau ditangkap baru pejuang. teruskan melawan"  satu semangat seperti masuk kedalam badan, aku yang sebelumnya takut tiba-tiba jadi berani dan mahu kehadapan.
selepas bercakap dengan ayah di talian, aku menaiki kereta untuk beredar ternyata kehadiran aku memberi penyelesaian pada mereka walau pun sedikit. kereta yang aku naiki tidak langsung di periksa polis, kami dibenarkan berlalu sedangkan kereta lain ditahan dan ada yang dikejar polis.
 sampai sahaja di UPSI ramai sudah berkumpul. hati aku berdebar, aku mencari teman-teman yang bole aku jadikan teman berbual. ketika itu hanya aku seorang sahaja yang memakai tudung pendek, seluar jeans dan baju singkat. mahasiswi lain memakai baju lengkap dan bertudung labuh.disebabkan aku bukanlah jenis pemalu yang akan rasa malu dengan kelainan diri sendiri, aku berkumpul bersama teman-teman unisel, Ekhsan, Nash, Sudi dan Shahimi mereka adalah pimpinan AKSI MAHASISWA PEDULI(AKSI). tiba-tiba beberapa orang lelaki berbaju hitam datang kearah kami dan bertanya mengapa kami kesana dan meminta kad pengenalan, mereka memperkenalkan diri sebagai polis.
salah seorang mereka memaksa dan memaki, aku berjalan perlahan-lahan dan alhamdulillah kad pengenalanku tidak dirampas.

-bersambung-

Monday, November 11, 2013

kisah jalanan

terjumpa gambar ini didalam ruang peribadi,
Dua perkara yang masih segar dalam ingatan aku:
pertama rakyat turun ke jalan untuk melawan penipuan, ketika ini semuanya seperti saudara. Berkumpul , bersatu berazam untuk berjuang habis-habisan.
Keduanya penipuan, angan-angan semboyan perjuangan berbunyi kemudian dimatikan, lantas hari kemuncak itu menjadi hari kematian kepada kebangkitan rakyat Malaysia.
Maaf, tetapi aku rindu saat ini, aku rindu semangat rakyat yang dahulunya terlalu kuat auranya dapat dirasai semangat juang mereka yang benar-benar dahagakan kemerdekaan sebenar sebagai rakyat.
Aku harap masih ada sisa-sisa impian didalam hati mereka yang ingin melawan penindasan dan menuntut hak mereka sebagai rakyat.
Aku harap tuhan turunkan seorang pahlawan dikalangan kami untuk memimpin perjuangan sebenar.
Kami tak perlukan pemimpin gila jawatan tak kiralah pakatan atau barisan kami tak perlukan mereka jika mereka tidak telus berjuang.
Tuhan,
kami tahu engkau tahu, kami rindukan kedamaian dan kemerdekaan.
Rintihan aku terlalu picisan dan mungkin tidak memberi kesan,
aku tak peduli, yang aku pedulikan adalah ruang kebebasan.
aku idamkan udara kedamaian

KAWAN-KAWAN