Thursday, January 9, 2014

Kisah Jalanan 2

aku bertekad untuk pergi ke UPSI berdemo di sana. ketika itu jam menunjukkan angka 8.30 malam. aku suda siap-siap berkasut dan berT-shirt bagi memudahkan aku untuk berjalan dan berlari. Perasaan pastinya gementar. penakut . siapa kata aku berani? sampai sahaja di Tg.Malim kami berkumpul di belakang kedai-kedai. aku seorang sahaja perempuan diantara 5 kereta yang convoi. itu bukan masalah suah kebiasaan untuk perempuan seperti aku. Aku tak punya ramai teman perempuan, jika ada hanya teman kelas bukan teman yang bole dijaikan bercerita. perempuan ni banyak songeh, aku tak minat sangat berkawan dengan mereka. jadi aku harap lepas ni takkan jadi isu mengapa aku sering bersama di barsan lelaki bila demo.
 bebalik cerita tadi, tiba-tiba seseorang memberitahu kami, polis sudah berkumpul dan menanti, ada pula kereta SB yang menanti di hadapan sana. barang-barang untuk demo seperti playcard dan lilin di alihkan ke kereta lain dengan tujuan mengalihkan pandangan, cepat-cepat aku ambil telefon bimbitku dan menalifon ayah, aku memberitahunya yang aku alam pejalanan ke demo. dia diam. aku memberitahu polis sedang kepong. suara aku lemah, aku takut. aku buntu. pelajaranku bagaimana? masa depan ku? fikiranku berkecamuk. telinga aku telah bersedia mendengar bebelan ayah. Namun sangkaaanku jauh menimpang. ayah aku menjawab tenang "tak apa, kalau ditangkap baru pejuang. teruskan melawan"  satu semangat seperti masuk kedalam badan, aku yang sebelumnya takut tiba-tiba jadi berani dan mahu kehadapan.
selepas bercakap dengan ayah di talian, aku menaiki kereta untuk beredar ternyata kehadiran aku memberi penyelesaian pada mereka walau pun sedikit. kereta yang aku naiki tidak langsung di periksa polis, kami dibenarkan berlalu sedangkan kereta lain ditahan dan ada yang dikejar polis.
 sampai sahaja di UPSI ramai sudah berkumpul. hati aku berdebar, aku mencari teman-teman yang bole aku jadikan teman berbual. ketika itu hanya aku seorang sahaja yang memakai tudung pendek, seluar jeans dan baju singkat. mahasiswi lain memakai baju lengkap dan bertudung labuh.disebabkan aku bukanlah jenis pemalu yang akan rasa malu dengan kelainan diri sendiri, aku berkumpul bersama teman-teman unisel, Ekhsan, Nash, Sudi dan Shahimi mereka adalah pimpinan AKSI MAHASISWA PEDULI(AKSI). tiba-tiba beberapa orang lelaki berbaju hitam datang kearah kami dan bertanya mengapa kami kesana dan meminta kad pengenalan, mereka memperkenalkan diri sebagai polis.
salah seorang mereka memaksa dan memaki, aku berjalan perlahan-lahan dan alhamdulillah kad pengenalanku tidak dirampas.

-bersambung-

KAWAN-KAWAN