Monday, November 11, 2013

Kisah Jalanan (1)

Hari ini jadual aku tak macam selalu, semakin banyak pula perkara yang harus aku siapkan. dari satu bahagian ke satu bahagian. Letih, sangat letih.habis settlekan semua perkara seperti biasa aku baring diatas katil busuk milik aku. ya, katil terpakai . Entah berapa ramaii dah tidur atas katil ini, aku cuma berdoa tak ada pijat dalam katil ni.kalau tak aku rela tidur atas lantai. haha.
berbalik cerita kita, masa aku tengah baring dan main facebook. aku terpandang gambar lama aku. sebelum aku berpurdah, sebelum aku menjadi seperti sekarang. Semasa yang mereka pandang aku adalah seorang perempuan keji, semasa semuanya mencemuh dan tak ada satu pun yang memuji. jangan salah anggap, aku tak pernah mahukan pujian. tetapi apa kau tahu keadaan aku masa tu? Kisahnya bermula selepas Adam Adli menurunkan bendera. ketika itu keadaan sangat panas. bapa aku datang ke Unisel dan memuji-muji Adam Adli, lantas aku berkata "sebenarnya orang join dia" bapa ku senyum. Semasa itu aku yakin lampu hijau sudah menyala. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

KAWAN-KAWAN